Advertisemen
MASKULIN berasal daripada bahasa LATIN yang membawa makna “LELAKI YANG MEMPUNYAI KUALITI TERTENTU”. LELAKI pula disifatkan sebagai seorang yang mempunyai kejantanan, merupakan pasangan kepada wanita, ada keberanian dalam diri dan sebagainya.
Maskulin, huberseksual, atau metroseksual ini sebenarnya benda yang berdasarkan pada satu perkara yang sama sahaja, iaitu sifat kelakian, ini termasuk cara bertindak, berfikir dan pelbagai aspek lagi, tetapi semua benda yang dilakukan itu mestilah kelihatan lelaki, macho, bijak dan cara berfikir.
Maksud Maskulin yang dikaitkan dengan sifat kelakian dan cara berfikir. Hal ini amat berkait rapat dengan istilah Maskulin. Jadi, apa yang difahamkan dengan sifat kelakian disini ialah sifat azali seorang lelaki yang bernafsu dengan perempuan dan bukannya lelaki. Tetapi sifat kelakian juga boleh dibahagikan kepada banyak aspek tidak hanya memfokuskan kepada nafsu dengan perempuan.
Cara berfikir pula ialah sebagai seorang lelaki normal sudah tentu kita tahu golongan manakah yang dibenarkan kepada kita untuk berkahwin atau bercinta oleh Allah SWT, agama, negara malaysia, keluarga, dan masyarakat. Jadi lelaki Maskulin sudah tentu akan pilih pasangan lawan dan bukannya pasangan sejenis.
CIRI-CIRI LELAKI MASKULIN
Mereka sentiasa bersifat macho, kelihatan macho dari semua segi tingkah laku, seperti semasa minum, makan, berjalan mereka akan kelihatan macho dalam setiap aspek, ini kerana ianya bukan dibuat-buat tapi semulajadi.
Bila bercakap atau ketawa riak wajah mereka tidak seperti budak-budak, maksudnya lelaki Maskulin semulajadi ini bila orang pandang mereka semasa bercakap atau ketawa riak wajah mereka seolah-olah tidak berperasaan, iaitu seperti muka tengah fokus akan sesuatu. Bila bersembang pula mereka lebih gemar menjerumus kepada bende yang boleh memberi manfaat kepada diri sendiri, seperti bagaimana nak buat bisnes, apa yang betul dan apa yang tidak, kenapa dan mengapa, biasa nye mereka tidak akan bersembang tentang perkara bodoh-bodoh atau berbual kosong seperti membuat lawak-lawak bodoh dan ketawa berdekah-dekah dengan agak kuat.
CARA UNTUK TAMPIL MASKULIN
Dari segi perwatakan ini, seseorang lelaki Maskulin mestilah kelihatan lelaki dan macho dalam semua aspek, seolah-olah kelihatan “Perfect” dengan macho seperti ketika minum ,makan ,berjalan, membaca, menonton dan lain-lain lagi yang melibatkan perlakuan, yang penting mesti kelihatan serius, macho, seperti wajah tidak berperasaan.
Dari segi susuk tubuh, tubuh mesti tegap, mempunyai BMI yang seimbang, dan kelihatan badan yang ada muscle, tapi bukan la nampak muscle sampai berketul-ketul tu, cukuplah sekadar nampak badan tu mempunyai otot.
Ini hanyalah antara ciri-ciri lelaki maskulin. Sebenarnya, maskulin ini bukanlah sesuatu yg boleh dibuat-buat. Maskulin adalah sifat semulajadi yang ada dalam diri sesetengah individu sahaja. Lelaki maskulin sangat menitik beratkan kesempurnaan dalam segala aspek tapi dlm pada masa yg sama, masih boleh bertolak ansur mengikut keadaan semasa.
ANTARA CIRI-CIRI MASKULIN
1. Berpenampilan kemas
2. Berfikiran positif dan terbuka
3. Bijak dlm pertuturan
4. Menjaga pemakanan seimbang
ANTARA PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN OLEH SEORANG LELAKI
1. Memakai make-up
2. Memakai perhiasan wanita
3. Berperwatakan wanita
4. Menunjukkan sifat-sifat kebudak-budakan
5. Bertindak tanpa berfikir baik & buruk
6. Menunjukkan kekerasan kepada kaum wanita
7. Melakukan perkara yang sia-sia dan bodoh
8. Boros dan kedekut
Jika ini bermanfaat.. sila like dan share,
jangan lupa like fan page kami juga:
Advertisemen
