-->

David Beckham ikon fesyen lelaki

Advertisemen

Pemain bola sepak Inggeris terkemuka di dunia, David Beckham baru-baru ini mengejutkan dunia bola sepak apabila mengumumkan persaraannya selepas memenangi piala liga 'Ligue 1' bersama kelabnya, Paris Saint German (PSG). 

Selain daripada bakat luar biasanya dalam bola sepak, Beckham turut menempa nama dalam dunia fesyen dan menjadi ikon untuk jenama-jenama terkemuka dunia. 
Jadi tidak hairanlah jika Beckham masih mampu menjana pendapatan melalui dunia fesyen dan juga menjadi jurucakap produk walaupun sudah bersara.
 

Antara jenama-jenama yang pernah bekerjasama dengan Beckham adalah: 

Kempen Giorgio Armani
Pada tahun 2009, Beckham telah dipilih menjadi muka baru jenama terkemuka dunia, Giorgio Armani untuk kempen seluar dalam dan pakaian untuk musim luruh/sejuk untuk tahun 2009/2010. 

Kempen Breitling
Jenama jam tangan eksklusif dunia, Breitling telah memilih Beckham untuk menjadi muka baru dalam kempen jam tangan 'Transocean Chronograph Unitime'. 

Kempen H&M Bodywear
Beckham turut menjadi duta untuk jenama pakaian terkenal H&M dan telah melancarkan koleksi Bodywear baru-baru ini. 

Kempen Adidas 
Beckham telah dipilih menjadi duta Adidas sejak tahun 1996 dan pada tahun 2005, Beckham telah menandatangi kontrak seumur hidup bersama Adidas dimana kontrak tersebut bernilai RM487 juta. 

Perlawanan terakhir Beckham baru-baru ini telah menyaksikannya memakai kasut bola 'Predator' yang direka khas untuknya dimana pada kasut tersebut terdapat nama isteri, Victoria dan empat anaknya iaitu Brooklyn, Romeo, Cruz dan Harper serta nombor jersi yang pernah dipakainya sepanjang kerjayanya sebagai pemain bola sepak iaitu nombor 7, 23 dan 32.



Kredit to : Tupai.com.my
Advertisemen

Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di web ini terkadang berasal dari berbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait hal ini, Anda dapat menghubungi kami disini.
Related Posts
Disqus Comments

Popular Posts

Follow us on Facebook
Powered by: MakTumOfficial