-->

Gaji Doktor Pakar : Gaji Pakar apa paling tinggi?

Advertisemen

Dengan survey online MedScape kepada 24,216 doktor daripada 25 bidang doktor pakar dengan jangka masa 1 Februari sehingga 17 Februari, kita dapat tahu jumlah ini dengan lebih baik. Rujukan untuk Survey MedScape akan saya tampilkan di akhir entri ini. 
Doktor mendapat gaji dari jumlah kira- kira $ 156,000 setahun bagi pakar kanak-kanak dan $ 315.000 untuk radiologi dan pakar bedah ortopedik.

Jumlah Gaji pakar paling tinggi adalah pakar bedah ortopedik dan radiologi ($ 315,000) di ikuti oleh cardiologists ($ 314,000) dan anesthesiologists ($309,000).
Manakala Gaji Pakar paling rendah adalah yang berkaitan dengan kekeluargaan. Pakar kanak-kanak dan family practitioners membuat kira-kira $ 156,000 dan $ 158,000. Internists dan pakar psikiatri lebih tinggi sedikit, pada kira-kira jumlah $ 165,00 dan $ 170,000.
Secara keseluruhannya, boleh simpulkan secara mudah dengan melihat carta ini.
Gaji Doktor Pakar (dalam $)
1.Radiologi: $ 315.000
2.Ortopedik: $ 315.000
3.Kardiologi: $ 314,000
4.Pembedahan plastik: $ 270.000
5.Pembedahan am: $ 265,000
6.Obstetrik / Ginekologi: $ 220.000
7.Psikiatri: $ 170,000
8.Pediatrik: $ 156.000

Ini lah sedikit sebanyak kajian survey online yang dilakukan oleh MedScape. Saya tak dapat jumpa versi Malaysia dalam RM tetapi sekadar untuk melihat overall view mungkin sudah cukup nampak.
Saya masih tahun pertama di Tanta, dan banyak lagi saya perlu kaji tentang pakar-pakar doctor bagi setiap kategori. Ada kalanya satu bidang pakar itu sesuai untuk kita biarpun salary tidak tinggi. Semuanya bergantung pada diri doktor untuk ambil kategori kepakaran yang mana.
Sebenarnya banyak lagi kajian lain, ada yang mengenai Doktor Lelaki atau Doktor Perempuan yang meraih gaji yang lebih banyak? dan ada juga, antara Kesihatan Doktor dan Kegembiraan Doktor, mana lebih penting.

Jika ini bermanfaat.. sila like dan share,
jangan lupa like fan page kami juga:

Kredit to : muazfaris.com


Advertisemen

Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di web ini terkadang berasal dari berbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait hal ini, Anda dapat menghubungi kami disini.
Related Posts
Disqus Comments

Popular Posts

Follow us on Facebook
Powered by: MakTumOfficial