Advertisemen
Nama aktres Kate Bosworth sememangnya tidak asing di pelbagai acara festival muzik musim panas setiap tahun. Malah cara pemakaiannya seringkali menjadi inspirasi para pengunjung dan sekaligus menjadi tarikan kepada jenama fesyen terkemuka dari United Kingdom, Topshop.
Dilancarkan baru-baru ini, kerjasama antara Topshop dan Bosworth telah berjaya menghasilkan 16 rekaan asli berdasarkan gaya peribadi aktres itu, termasuklah sepasang but.
Ujar aktres berusia 30 tahun ini, "Saya sememangnya sangat menyukai fesyen. Peluang menimba pengalaman daripada pereka di Topshop sangat berharga buat saya. Hasrat kami adalah untuk menghasilkan koleksi yang segar, mudah dan sesuai untuk dipakai ketika musim festival. Saya berbangga dengan apa yang kami hasilkan."
Bagi meraikan pelancaran koleksi festival ini, Topshop turut menghasilkan sebuah filem pendek lakonan Bosworth sendiri yang diarahkan oleh teman lelakinya, Michael Polish.
kredit to : Murai.com.my
Advertisemen
