-->

Ancam Cederakan Tunku Mahkota Johor..

Advertisemen
UNGKU MOHD. SHAH menunjukkan laporan polis dan komen daripada laman Facebook yang menghina dan mengugut Tunku Ismail di Muar semalam.



 Seorang kerabat diraja Johor membuat laporan polis terhadap seorang pemilik akaun Facebook yang didakwa menghina dan mengugut untuk mencederakan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.


Ungku Mohd. Shah Ungku Mansor, 27, dari Kampung Raja, Pagoh dekat sini membuat laporan itu di Balai Polis Jementah, Segamat kira-kira pukul 9.45 malam Isnin lalu selepas komen itu dimuat naik di laman sosial tersebut.



Menurutnya, komen berbentuk ugutan itu dibuat menerusi akaun Facebook atas nama Badri Razi Captain Kelantan 16 Piya. 


“Komen tersebut dipercayai ada kaitan dengan pasukan bola sepak Johor yang akan menentang Kelantan dalam perlawanan akhir Piala FA pada 29 Jun ini.


“Kita minta pihak polis segera menyiasat komen itu,” katanya ketika ditemui di sini semalam.


P/s admin : Tidak perlulah sampai nak ancam-megancam..just tgk aje perlawanan bola sepak tu...yang menang nanti,tahniah diucapkan manakala yang kalah cuba lagi tahun depan dengan azam baru...

Jika entry ini menarik dan bermanfaat..
 sila like dan share,jangan lupa like fan page kami juga. 
Terima kasih kerana sudi Membaca.
Advertisemen

Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di web ini terkadang berasal dari berbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait hal ini, Anda dapat menghubungi kami disini.
Related Posts
Disqus Comments

Popular Posts

Follow us on Facebook
Powered by: MakTumOfficial