-->

Cerita sedih mesti dibaca Vujicic berjiwa superhero !!!......

Advertisemen

“Melbourne, Australia...Kalau Tuhan tidak menghilangkan penderitaan ku, kalau aku di dunia hanya untuk mengalami penolakan dan kesepian... menjadi beban orang dan tidak punya masa depan, lebih baik ku akhiri hidup ku sekarang”.

Kanak-kanak lapan tahun yang kudung kaki dan tangan itu berdiri di tepi tab mandi berisi penuh. Tangisannya bersisa. Dia hanya ada satu perancangan; mengakhiri riwayat sendiri dengan membenamkan diri ke dalam tab mandi!

Vujicic ketika masih kecil.








“Awak budak tak guna! Cacat, tak ada kaki, tak ada tangan! Awak menyusahkan saja!” Kata-kata hinaan dari rakan sekolahnya seolah-olah tanpa noktah. Hanya mati sahaja yang akan menamatkan segala-galanya.

Mereka semua tidak tahu dia sangat tertekan diejek sebegitu. Dalam sehari itu 12 orang telah menghina dan mengejeknya. Orang yang kedua membulinya tidak tahu dia telah pun dibuli sekali.

Orang yang membulinya untuk kali ke 10 tidak tahu dia telah pun dibuli sebanyak sembilan kali. Dan orang yang membulinya untuk kali ke-12 tak pernah dan tak akan tahu dia telah dibuli sebanyak 11 kali sebelum itu!
Apa mereka tidak puas? Apa mereka tidak sakit jika dilahirkan cacat sepertinya? Apa mereka seronok menjatuhkan maruah orang lain sehingga membuatkan semangat hidupnya hilang terus?

Bahunya disengetkan ke sebelah kanan. Dari hujung lengan baju pendek yang ternganga, terjulur satu lengan kudung menopang sisi tab untuk melonjakkan diri ke dalam air.


Harapkan keajaiban

“Vujicic, awak nampak hebat! Awak hensem hari ini!” kata-kata sapaan daripada seorang tukang cuci di sekolahnya tiba-tiba membisik ke telinga.

Vujicic terdiam kaku. Kata-kata itu semakin kuat menerpa gegendang. Vujicic teringat bagaimana dia tersenyum setiap kali pulang dari sekolah dan menunggu teksi bersama seorang  tukang cuci sekolah. Vujicic, awak akan jadi seorang penceramah.”

“Penceramah? Untuk bercakap fasal apa?” Soalnya kehairanan saat mendengar lelaki itu memujinya tinggi melangit. Fasal diri awak. Kisah awak!.” Jawab tukang cuci penuh yakin.

Si cacat itu senyum lagi. Sedang dia selalu berdoa agar tuhan tumbuhkan lengan dan kakinya seperti manusia normal, lelaki itu tetap memuji fizikalnya.

Dia segera teringat impiannya dan harapannya pada sebuah keajaiban. Vujicic menutup pili menggunakan kaki kecilnya yang digelar ‘drumstick’ sebelum terkedek-kedek ke arah sebuah almari di dalam bilik.

Dia menggunakan kekuatan bahu dan kepala sebagai sokongan untuk membuka pintu almari. Sebuah kotak kecil ditolak sehingga jatuh ke lantai. Isinya terburai, sepasang kasut terkeluar dari kotak. Dia baring untuk memeluk kasut itu.

“Saya akan terus hidup dan menyimpan harapan tinggi. Maafkan saya mak, ayah. Saya tak kan bunuh diri. Saya akan belajar berdikari untuk membanggakan mak dan ayah satu hari nanti!” air matanya diseka.

100 kali gagal untuk bangun...

Ketika dia berguling ke kiri dan kanan, sudah tidak terkira basahnya peluh yang merenik. Sekujur tubuh tanpa kaki dan tangan itu ibarat sebatang kayu yang bergolek. Dia kehabisan tenaga. Sebanyak 99 kali dia cuba untuk bangun, tetapi setiap kali itulah dia gagal.

Tanpa tangan untuk menopang, tanpa kaki untuk melonjak, dia tahu amat mustahil untuk bangun sendiri. Pada kali yang ke 100, Vujicic berguling ke arah sebuah buku berdekatan. Dia mengesot sehingga hujung dahinya mencecah buku.

Dengan kekuatan urat tengkuk, dia melonjakkan badannya sedikit demi sedikit sehingga kekuatan kepala dan tengkuk itu bersatu sebagai penopang tubuh. 1, 2 3! Ya! Akhirnya Vujicic berjaya mendapat formula untuk bangun sendiri.

Vujicic berdiri di atas meja di hadapan lebih 3,000 hadirin di Universiti Sunway di sini, baru-baru ini



Hadirin tidak dapat menahan air mata ketika mendengar kisah hidup Vujicic


Giat berceramah

Cerita itu hanya sebahagian daripada jutaan kepayahan yang Vujicic lalui. Sepayah manapun hidupnya, dia meyakini apa yang diberikan Tuhan kepadanya adalah sempurna.

“Percayalah untuk setiap kekurangan kita dianugerahkan kelebihan yang melimpah ruah untuk menutup  kekurangan itu,” nyata keyakinan Vujicic terbukti.

Sebagai pakar motivasi, dia bukan sahaja mengelilingi dunia memberikan ceramah, malah dianugerahkan isteri jelita bernama Kanae Miyahari dan anak comel, Kiyoshi James Vujicic.

Dalam setiap ceramah Vujicic menceritakan moment getir yang dia lalui. Sebagai manusia biasa, dia akur berasa sakit dengan setiap kenangan dan sikap orang sekeliling yang mengejeknya. Tapi rasa sakit itu dikunyah dan dihadamkan menjadi wawasan untuk dia belajar cara hidup normal seperti orang lain.

Dia belajar berus gigi, bermain dram, melukis, memandu kereta, berenang, dan meluncur ombak; pencapaian yang melebihi orang sempurna fizikal. Dengan kelulusan dan pencapaiannya di universiti dia menubuhkan satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Life Without Limbs.

Inspirasinya selalu membisikkan, tidak ada produk Tuhan yang gagal, hatta seorang lelaki cacat sepertinya. “Saya mahu anda semua tahu, anda secantik apa yang anda miliki,” katanya di akhir ceramahnya di Universiti Sunway, Petaling Jaya, di sini.


Jika entry ini menarik dan bermanfaat.. 
sila like dan share,jangan lupa like fan page kami juga. 
Terima kasih kerana sudi Membaca.
Advertisemen

Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di web ini terkadang berasal dari berbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait hal ini, Anda dapat menghubungi kami disini.
Related Posts
Disqus Comments

Popular Posts

Follow us on Facebook
Powered by: MakTumOfficial