-->

Memahami dan Mengenali Ragam Lelaki

Advertisemen

Memahami Ragam Lelaki
Gambar Hiasan

Mendapat lelaki yang serba serbi sempurna menjadi idaman setiap wanita.Namun,tidak tidak semua bertuah memilikinya.Kalau tidak dapat yang sempurna ,hampir-hampir pun sudah dikira bernasib baik..
Dalam mendekati lelaki atau mungkin anda sendiri sedang didekati,beberapa jejaka perlu anda ketahui.Dekati mana yang berkenan di hati...



  LELAKI BERSEMANGAT

Lelaki jenis ini sering kelihatan kepenatan.Dia juga seorang yang lebih suka memendam rahsianya dan dari segi kewangan ,tidaklah begitu stabil.Satu lagi sikapnya,sering marah dengan ahli keluargayang lain. Mungkin sebab kekurangan rehat akibat kepenatan berkerja dan melakukan segalanya begitu bersungguh-sungguh.Biarpun sering keletihan tapi sebenarnya mereka ini seorang yang sangat bersemangat dalam hidup dan sanggup berkerja keras demi kepentingan keluarga.KAMU BOLEH BERGANTUNG HIDUP PADANYA.....


Gambar Hiasan



LELAKI TAKUT KOMITMEN

Lelaki jenis ini memang sangat pandai bergaya dan sentiasa berpakaian kemas.Tiap apa yang di pakai cukup sesuai dengan majlis dan suasana.Pendek kata,mereka trendy dari segi pemakaian dan imej diri.Biasanya lelaki jenis ini seorang yang tak boleh dipercayai terutama ucapan manis yang keluar dari mulutnya.Mungkin hari ini dia melafazkan kata suka pada anda tapi beberapa minggu kemudian,dia seolah-olah tak mengenali kamu selama ini!. Dalam erti kata yang sebenarnya,dia masih belum bersedia untuk menjalinkan komitment dengan mana-mana gadis buat masa itu.

LELAKI AMBIL KESEMPATAN

Lelaki jenis ini pula memang boros terutama ketika berbelanja.Mereka kadangkala gemar mengumpul sesuatu benda sebagai koleksi.Tidak sukakan kanak-kanakdan tidak begitu rapat dengan keluarga sendiri.Sebenarnya mereka ini bukan anti perempuan tapi jenis lelaki yang lebih suka mempergunakan wanita untuk kepentingan mereka.Sebelum memiliki seseorang wanita ,mereka sanggup melakukan apa cara sekalipun tapi bila sudah memiliki,semuanya tak kenal! tapi sikap ini akan berubah bila satu ketika dirinya terpikat dengan seorang wanita tapi sudah pastinya perempuan itu seorang yang menurut kehendaknya.

LELAKI PLAYBOY

Lelaki jenis ini biasanya berpenampilan menarik dan up to date.Biarpun kadangkala mereka taklah begitu kacak,tetapi penampilan mereka buat mereka kelihatan menawan.Kalau berbicara,memang romantis sekali.Mereka selalunya memiliki kereta berjenama terkenal dan tinggal di kawasan mewah.Jarang sekali mereka bercakap tentang keluarga mereka.Lelaki jenis ini tidak terfikir untuk kehidupan berkeluarga.Hanya mementingkan keseronokan hidup saja dan mustahil jika mereka inginkan sesuatu yang teramat berharga selain daripada perempuan.!Penampilan diri yang menarik membuatkan mereka sering menjadi perhatian.Jadi,berhati-hatilah ! ada yang berjaya mengikis sikap itu bila usia makin menginjak tapi usah terperanjat kerana ada yang masih kekal perangai PLAYBOY itu biarpun usia dah veteran!....

LELAKI TRADISI

 Gaya berpakaian mereka selalunya sederhana sahaja.Tetapi agak suka memerintah orang lainmenuriti kehendak mereka.Selain itu,lelaki ini bijak mengatur kewangan dan sukakan perempuan yang mampu membuatkan jiwanya tenang.Ini bermakna lelaki seperti ini mampu menjadi suami yang baik nanti.Bagi dirinya,keluarga adalah segala-gala dalam hidupnya.Mereka impikan sebuah keluarga yang bahagia dan itu juga bermakna mereka tak takutkan KOMITMENT...

LELAKI KORPORAT

Selalunya mereka ini agak pendiam dan suka berfikir secara logik dan rasional.Bagi lelaki ini kerjaya adalah perkara yang paling penting dalam hidup.Dia juga pentingkan kesempurnaan termasuk dalam memilih pasangan hidup.Jika ditanya,mungkin mereka akan mengatakan bahawa mereka tak merancang untuk membina keluarga dalam masa yang terdekat itu.Ternya mereka ini lebih pentingkan kerjaya dan kejayaan dalam hidup.Sebab itulah dia akan memilih wanita yang pandai berdikari sebagai pasangan.Biarpun romatis tapi kamu tetap akan jadi yang kedua dalam hidup selepas kerjayanya..

LELAKI ' KEPARAT '

Lelaki jenis ini suka bersikap ego dan mementingkan diri sendiri berbeza dengan lelaki korporat yang berfikiran rasional.Lelaki ini selalu memerintah dan memeras ugut sesiapa sahaja.Mereka boleh dilihat di tempat dimana kutu rayau selalu berada.Lelaki jenis ini tidak sesuai dijadikan suami.Meminta wang tanpa rasa malu dari orang ramaiboleh jadi salah satu sikapnya dan jika berteman dengan lelaki ini anda mungkin akan menjadi mangsa.Wang yang diperolehi pula akan digunakan untuk membeli najis dadah atau pun berjudi...





Jika entry ini menarik dan bermanfaat..
sila like dan share,jangan lupa like fan page kami juga.
Terima kasih kerana sudi Membaca.


Kredit to : Zipkappa.org
Advertisemen

Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di web ini terkadang berasal dari berbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait hal ini, Anda dapat menghubungi kami disini.
Related Posts
Disqus Comments

Popular Posts

Follow us on Facebook
Powered by: MakTumOfficial