-->

Tips dan Petua Fazura kekal cantik dengan bahan organik

Advertisemen

Tips dan Petua Fazura kekal cantik dengan bahan organik

 Pasti ramai yang ingin tahu apakah rahsia kecantikan aktres jelita yang mencipta nama menerusi drama bersiri "Gol & Gincu", Nur Fazura Sharifudin ini.

Fazura yang ditemui ketika majlis pelancaran Lux Sensational Lounge baru-baru ini sempat berkongsi tips dengan peminatnya. 


"Saya menggunakan produk organik untuk rambut saya dan juga bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu bagi 
mengekalkan bentuk badan yang ideal. 

"Ramai yang tidak tahu, tetapi saya memang suka makan. Disebabkan itulah senaman amat penting untuk saya," ujarnya. 

Nampaknya minatnya yang mendalam terhadap makanan turut mendorong Fazura untuk membuka restoran pada masa akan datang. 

"Saya ingin buka restoran tidak lama lagi. Bagi saya untuk menjalankan perniagaan, lebih baik kita lakukan apa yang kita suka. Jadi bila difikirkan masak-masak, fesyen dan makanan adalah sesuatu yang saya sangat gemari. InsyaAllah, saya masih berusaha untuk mengecapinya." 

Fazura yang baru sahaja pulang dari Cappadocia dan Konya di Turki kerana menjalani penggambaran filem terbaru arahan Bernard Chauly, "Manisnya Cinta" turut merancang untuk membawa untuk memperkenalkan juadah dari negara itu di restorannya nanti. 

Bercerita tentang butiknya, House Of Doll yang terletak di Bangsar, Kuala Lumpur, Fazura memberitahu dia ingin mengembangkan perniagaannya di luar Lembah Klang seperti di Sabah, Sarawak dan juga Brunei kerana mempunyai permintaan daripada peminatnya di sana. 

Dalam perkembangan lain, aktres berusia 29 tahun ini yang masih dikekalkan sebagai duta produk Lux selama tiga tahun memberitahu jenama kecantikan popular ini akan mengadakan siri jelajah di beberapa buah negeri bagi mempromosikan haruman terbaru Lux Sensational. 

Pengguna berpeluang mendapatkan urutan kaki dalam sebuah van bergerak yang mempunyai kemudahan lengkap diperlukan. 

"Saya sendiri telah mendapatkan urutan kaki di dalam van bergerak dan ia merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan. Dekorasi yang glamor dengan lampu malap menyinari setiap ruang bilik urut tersebut memberi ketenangan kepada mereka yang mencubanya," jelasnya. 

Lux Sensational Lounge akan berada di AEON Ampang Utara 2 pada 8 Jun dan Mydin MITC Melaka pada 29 Jun. Pengunjung berpeluang bertemu Fazura yang akan berada di lokasi berkenaan pada jam 1 hingga 4 petang. 

Selain itu, siri jelajah itu akan diteruskan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Pahang dan juga Johor.



Jika entry ini menarik dan bermanfaat.. 
sila like dan share,jangan lupa like fan page kami juga. 
Terima kasih kerana sudi Membaca.
Advertisemen

Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di web ini terkadang berasal dari berbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait hal ini, Anda dapat menghubungi kami disini.
Related Posts
Disqus Comments

Popular Posts

Follow us on Facebook
Powered by: MakTumOfficial