-->

5 Tabiat Buruk Merosakkan Penampilan...

Advertisemen

Sama ada anda sedar ataupun tidak, adakalanya ketika anda dilanda resah atau gugup secara tidak sengaja anda akan melakukan beberapa kebiasaan buruk yang sepatutnya dihindarkan. Tahukah anda kebiasaan buruk ini jika tidak dikawal boleh menjejaskan nilai kecantikan anda secara keseluruhan. Tidak percaya? Renungkan beberapa kebiasaan buruk di bawah dan juga kesannya ke atas nilai kecantikkan. 


1. Mengopek luka pada kulit 
Luka pada kulit, akibat terjatuh atau digigit serangga misalnya, kadang-kala menimbulkan rasa gatal yang tidak tertahan. Tangan kita pun adakalanya ?gatal? untuk menggaru dan mengopek luka tersebut. Tabiat ini dapat merosakkan jaringan kulit dan meninggalkan parut pada kulit. Lebih parah lagi, tabiat ini mampu mengundang kuman yang boleh meyebabkan infeksi! 
Cadangan Penyelesaian: Luka yang kecil boleh anda tutup dengan 'band-aid'. Tetapi jika luka tersebut agak besar, sebaiknya berjumpalah dengan doktor supaya luka tersebut dapat dibalut. Gantilah penutup luka secara rutin agar sentiasa bersih supaya luka tidak menjadi lebih parah. Kegatalan akibat digigit serangga dapat anda ubati dengan menyapukan minyak angin atau krim yang sesuai. 

2. Mengupas cat kuku 
Cat kuku yang sudah cacat (tergores atau mengelupas) memang cukup seronok untuk dikupas. Tapi tahukah anda, pada saat anda mengupas lapisan cat tersebut, sama ada menggunakan kuku atau bahan lain, anda secara tidak langsung turut menghilangkan lapisan tipis pelindung kuku. Akibatnya kuku anda akan mudah patah. 
Cadangan Penyelesaian: Segeralah membersihkan cat kuku dengan menggunakan kapas dan 'nail-polish remover' di kala cat kuku anda mulai mengelupas. Untuk perlindungan sebaiknya, gunakan 'base coat' sebelum mengecat kuku dan 'top coat' setelah selesai mengecatnya. 

3. Memicit jerawat atau bintik-bintik hitam di hidung 
Tabiat ini dapat meninggalkan bekas luka atau parut yang mengambil masa yang lama untuk dihilangkan. 
Cadangan Penyelesaian: Gunakan plaster khusus untuk menanggalkan bintik-bintik hitam di bahagian hidung apabila anda merasakan kehadiran bintik-bintik hitam itu menjejaskan penampilan anda. 

4. Menarik-narik atau memintal rambut 
Kebiasaan ini biasa terjadi pada anda yang berambut panjang. Tidakkah anda tahu bahawa tabiat suka menarik-narik rambut boleh mengakibatkan rambut tercabut dari akarnya atau mudah putus. 
Cadangan Penyelesaian: Rajin-rajinlah mengikat atau menyepit rambut anda ke belakang atau ke atas. Memakai bandana? Boleh juga atau setidaknya cubalah potongan rambut gaya baru yang lebih ringkas (pendek) sehinggakan anda tidak lagi mempunyai peluang untuk menarik atau memintal rambut. 

5. Membasahkan dan menggigit bibir 
Ramai yang mempunyai tabiat suka menggit atau membasahkan bibir tanpa menyedari air liur boleh menyebabkan bibir anda bertambah kering dan mengakibatkan bibir anda mengelupas dan pecah-pecah. 
Cadangan Penyelesaian: Selalulah membawa pelembab bibir atau 'lip balm' di dalam beg tangan anda untuk melembabkan bibir jika perlu. Sebaiknya, pilihlah pelembab bibir yang tidak mempunyai perasa sama sekali. Jika pelembab bibir anda mempunyai perasa, nescaya anda akan lebih agresif untuk membasahkan bibir!...



Jika Entry ini menarik dan bermanfaat.. 
Sila like dan share,Jangan lupa like Fan Page kami juga. 
Terima kasih kerana sudi Membaca.
Advertisemen

Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di web ini terkadang berasal dari berbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait hal ini, Anda dapat menghubungi kami disini.
Related Posts
Disqus Comments

Popular Posts

Follow us on Facebook
Powered by: MakTumOfficial