-->

Petua Untuk Otak Hebat

Advertisemen



A.) Dalam badan kita ada satu ciptaan di mana ianya amat hebat sehinggakan mampu menguasai dunia keseluruhannya. Di sinilah terdapatnya segala ilmu,tidak kira yang baik atau tidak. Allah telah ciptakannya untuk kita menerima maklumat,menyimpan dan mengeluarkannya semula serta digunakan untuk membezakan perkara yang baik dan tidak baik. Inilah yang dikatakan sebagai otak.Otak adalah satu ciptaan Allah yang amat hebat buat manusia,wajib kita mengucapkan syukur.Otak dicipta untuk kita memikirkan kebesaran Allah, ini adalah yang utama.Otak bukan gunanya untuk merosakkan apa jua akan tetapi otak amat berguna untuk kita merasakan kebesaran Allah dan menyimpan ilmu Allah di dalamnya.


B.) Otak yang baik akan lahir dari manusia yang baik,pemakanan yang baik serta cara fikir yang baik.Bukan mudah sebenarnya untuk kita menjaga otak kurniaan yang Maha Esa ini. Perkara pertama yang kita perlu ambil berat adalah bimbinglah otak kita dengan akidah yang benar iaitu mengesakan Allah setiap saat.

C.) Seterusnya kita perlu memastikan oksigen cukup untuk otak kita,apakah tanda orang yang tak cukup oksigen?salah satunya ialah kerap sakit kepala. Cepat stress dan macam-macam lagi. Salah satu cara untuk pastikan otak kita cukup oksigen ialah dengan menjaga solat kerana pergerakan sujud itu membekalkan oksigen yang banyak kepada otak. Selain itu amalkan minum air kosong 8 gelas sehari kerana air merupakan pembekal oksigen yang amat baik kepada otak kita.

D.) Seterusnya amalkan zikir, selawat dan bacaan Al-Quran kerana dengan zikir oatak kita akan memberikan reaksi yang amat baik. Secara rohani dan fizikalnya zikir amat memberikan kesan yang positif.




Jika Entry ini menarik dan bermanfaat..
Sila like dan share,Jangan lupa like Fan Page kami juga.
Terima kasih kerana sudi Membaca.
Advertisemen

Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di web ini terkadang berasal dari berbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait hal ini, Anda dapat menghubungi kami disini.
Related Posts
Disqus Comments

Popular Posts

Follow us on Facebook
Powered by: MakTumOfficial