Advertisemen
Sebahagian barangan pameran selebriti terkenal Marilyn Monroe telah dicuri ketika ia dalam perjalanan ke Czech Republic dari Itali.
Berita tersebut disahkan oleh Alice Titzova, jurucakap agensi 2media untuk pameran istimewa bersempena hari ulang tahun kematian Monroe ke-50 yang akan berlangsung pada 30 Mei ini di Istana Prague.
Menurut Titzova, selain gambar-gambar Monroe, beberapa patung serta almari pameran turut hilang.
Walaubagaimanapun jurucakap kepada Istana Prague, David Sebek berkata, kebanyakan barangan pameran termasuk pakaiannya telah tiba dengan selamat.
Pihak polis Prague dilaporkan sedang menjalankan penyiasatan, tetapi enggan mendedahkan maklumat lanjut.
Selepas Prague, pameran tersebut akan diteruskan ke Tokyo, Jepun.
Advertisemen
