-->

HAIR CHALK memudahkan trend mewarna rambut

Advertisemen


Ingin mewarna rambut anda, tetapi tidak mahu komitmen tetap atau harga yang terlalu mahal? Cubalah 'hair chalk", kapur rambut berwarna-warni yang menyeronokkan dan boleh dicuci dengan syampu. 

Anda boleh menukar warna dan gaya rambut bila-bila masa sahaja! Ia adalah trend terbaru yang begitu mudah. Anda boleh melakukannya di rumah, seberapa kerap yang anda suka. 


Untuk menggunakannya, semburkan air pada bahagian rambut yang anda ingin warnakan. Pastikan rambut anda lembap tetapi tidak terlalu basah. 

Pilih warna 'hair chalk' yang anda ingin guna dan sapukan ke atas bahagian rambut yang anda ingin warnakan. Biar rambut anda untuk kering beberapa minit. 

Kemudian, gunakan pengering rambut, 'curling iron' ataupun 'flat iron'. Ini membantu menetapkan warna 'hair chalk' tersebut di rambut anda supaya ia boleh bertahan lebih lama. 

Pastikan anda memakai sarung tangan dan juga berhati-hati semasa melakukan proses 'hair chalking' supaya tidak mewarnakan baju anda secara tidak sengaja. 

Ramai artis-artis dan selebriti yang mewarnakan rambut menggunakan 'hair chalk'. Di antaranya adalah Avril Lavigne, Christina Aguilera, Katy Perry dan Nicki Minaj.

Jika ini bermanfaat.. sila like dan share,
jangan lupa like fan page kami juga:


Kredit to : Tupai.com.my



Advertisemen

Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di web ini terkadang berasal dari berbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait hal ini, Anda dapat menghubungi kami disini.
Related Posts
Disqus Comments

Popular Posts

Follow us on Facebook
Powered by: MakTumOfficial